Sunday, March 17, 2013

tangan gatal nak menaip ;-)

assalamualaikum n selamat sejahtera kengkawan sekalian.. asenyer dah lame gila dah tak berblog nie ( padahal pernah post sekali jer pon tue pun esemen hik hik hik )... tapi bila member sebelah aku nie soh aku tulis blog then why not kan??? at least boleh menghilangkan keboringan yang aku hadapi di kala ini :-) well, dah genap sebulan dah aku praktikal kat Jabatan Dietetik dan Sajian di HTAR,Klang. best jugak praktikal nie kan. lagi2 bila bersama sama kawan2 yang awesome macam nadia rahmat, norafidah, nura ruhaya, habsah n sumathi. tp windu gak ngan geng2 kat UMT cam lia, ela, shida n lain2... tapi takpe in shaa Allah bulan 6 nti kita jumpe yek ;-) alhamdulillah setakat nie aku ase seronok sangat duduk kat Klang nie. orang nyer baik2, rumah pun best dekat ngan taman rakyat lak tue.. so hari2 ley r jogging.. siyes target aku kali nie nak slim down berkilo-kilo before habis praktikal nanti wakakaka.. n aku dah jumpe motivator aku tau.. jiran sebelah jer pon.. tapi hensem giler n setelah aku berjaya menstalking dia kat fb without tanya nama dia (dont ask me how cz aku mang suke stalk owg) barulah aku tau dulu dia obes.. mang beza giler weh.. lau tak silap 2 3 taun lepas camtue lar..tapi right now mak aihh kurus giler n nampak muda sangat.. tak macam umo 30 an n dah ad anak 2 ( frust gak bila dapat tahu tang tue huhuhu) tinggal di klang nie gak aku target nak jadi lebih rajin, ringan tulang n pelbagai sifat-sifat mahmudah lain lah (in shaa Allah).. yer lah 4 5 tahun ag kan nk jadi isteri orang (walaupun calon takdok ag)so dari sekarang aku nk jadi lebih positive dilengkapi dengan sifat2 positive.. my motivator?? opkos la my mom.. sebab dia la insan yang paling rajin, berwawasan, berdikari n berpandangan jauh yang pernah aku jumpe.. n syukur alhamdulillah jugak cz kat sini aku jumpe orang yang baik2 yg sekaligus dapat menjadikan aku lebih baik macam wanda n family.. wanda rajin ajak p usrah, group yang jarang2 gila aku join sepanjang hidup aku huhuhu.. tue j lar kot aku nak citer setakat nie.. in shaa Allah akan datang aku update yang ag2 best pula yer hehe.. XOXO ;-)

Tuesday, September 15, 2009

kenanganku di pulau bidong





pada 10, 11 dan 12 Juali yang lalu, kami pelajar jurusan Sains Makanan dan Pemakan telah diberi peluang untuk pergi ke Survival Laut di Pulau Bidong. aktiviti ini menjadi satu kewajipan kepada semua pelajar tahu satu di Universiti Malaysia Terengganu sebagai 'flagship' kerana universiti ini satu-satunya yang berpeluang untuk menghantar pelajar mereka menyertai aktiviti di sana.
tepat jam 8.00 pagi, kami telah berkumpul untuk menaiki bas ke Pulau Bidong. saya berasa amat tidak sabar kerana mendengar khabar bahawa aktiviti yang dijalankan amat menyeronokkan. tepat jam 8.30 pagi, kami telah menaiki bas dan terus menuju ke perhentian laut untuk dibawa ke Pulau Bidong dengan menaiki bot.
setibanya di sana, kami dikehendaki oleh ketua komandan untuk berkumpul mengikut kumpulan masing-masing. terdapat 4 kumpulan iaitu kumpulan jerung, ketam, pari dan kumpulan saya iaitu kumpulan udang. seterusnya ketua komandan memberi taklimat berkenaan dengan aktiviti di sana serta memperkenalkan fasilitator yang terlibat. setelah itu kami diberi peluang untuk memilih khemah masing-masing yang akan digunakan sepanjang 3 hari tersebut. 10 minit selepas itu, kami dekehendaki untuk berkumpul bagi menjalani aktiviti 'water confidence'. ianya merupakan aktiviti yang pertama kali saya lakukan. walaupun rasa berdebar- debar, saya juga berasa agak teruja kerana saya mungkin memiliki keberanian untuk berenang selepas ini. mula- mula kami dikehendaki untuk memakai jaket keselamatan supaya kami tidak lemas apabila berenang nanti. maklumlah, setengah antara kami merupakan perenang laut yang pertama kalinya. setelah abang fasci melihat kami suda boleh berenang dam mengawal diri di lautan, kami dikehendaki pula untuk berenang sehingga ke bot yang terletak di tengah laut jauhnya. ianya merupakan ujian yang agak susah tapi akhirnya kami dapat mengharunginya. setelah naik ke atas bot, kami dikehendaki untuk terjun semula ke laut dan berenang sehingga ke pantai. setelah makan dan olat zuhur, kami menjalani ldk 1. ldk ini bertujuan untuk berbincang mengenai cheer song yang akan kami gunakan. setelah itu, kami berhenti seketika untuk solat asar dan minum petang. kemudian kami menyambung semula ldk 1. pada malam pertama tersebut, kami saling berlawan cheer song. walaubagaimanapun aktiviti terhenti lebih awal pada malam itu kerana hujan turun dan kami perlu pulang ke khemah.
keesokan harinya kami bangu pada jam 5.30 pagi dan bersolat serta melakukan senaman pai. setelah itu kami pun menikmatai juadah sarapan. seterusnya kami dikehendaki untuk berkumpul mengikut kumpulan dan menjalani aktiviti mengikut kumpulan masing- masing. kumpulan saya memulakan aktiviti dengan menjalani aktiviti jejak warisan. melalui aktiviti tersebut, kami dapat melihat flora dan fauna yang jarang dapat dilihat seperti pokok tongkat ali dan pokok bonsai yang terbesar sekali. selain itu kami dapat melihat tapak peninggalan penduduk myanmar yang pernah datang ke sana suatu ketika dulu. apabila turun kepantai, kami di ajar pula cara-cara untuk berkayak dan dikehendaki untuk berkayak sehingga ke tempat mula-mula kami menjalani aktiviti. kemudia kami rehat sebentar untuk makan tengahari. kemudian kami dibe ri peluang pula untuk memancing. walaubagaimanapun saya tidak dapat memberikan prestasi yang baik kerana saya mabuk sangat-sangat. saya tidak dapat memancing walau satu ikan pun. setelah pulang semula ke pantai, kami menjalani pula aktiviti snorkelling. ianya merupakan aktiviti yang sangat menyeronokkan kerana kami dapat melihat hingga ke dasar laut. memang cantik sekali.pada waktu petang, kami menjalani pila aktiviti ldk 2. ianya bertujuan untuk kami berbincang mengenai persembahan yang akan kami lakukan pada malam itu. walaubagaimanapun cuaca malam itu sangat teruk. angin bertiup kencang. ombak deras memukul pantai. lalu ketua komandan mengarahkan kami untuk duduk di dalam khemah bagi menahan khemah dari ditiup angin. maka tak dapatlah kami mengadakan malam kebudayaan pada malam itu. akan tetapi, kami masih dapat mengadakan berbeku ikan yang telah kami tangkap apabila cuaca beransur baik.
keesokan harinya kami bangun untuk solat subuh dan bersenam serta mengadakan persembahan mengikut kumpulan yang telah ditunda pada malam sebelumnya. kemudian kami dikehendaki untuk memilih beberapa ahli bagi menyertai pertandingan berkayak. pertandingan pada waktu itu sangat sengit. tetapi sorakan setiap kumpulan lebih sengit lagi. kemudian ibalah ke penyampaian hadiah. setiap kumpulan mendapat hadiah. setelah itu kami pun bersalaman dengan semua fasilitator. kemudian kami pun pulang ke UMT. sesungguhnya pengalaman ke Pulau Bidong amat berharga.